Nota kaki Wikipedia:Kelayakan

  1. Tidak dikenali (Non-notability) adalah angapan bantahan (rebuttable presumption) berasaskan kekurangan bukti dikenali, yang menjadi tidak bernilai apabila bukti dijumpai. Ia tidak mungkin membuktikan tidak-penting kerana ia memerlukan bukti negetif.
  2. Bagaimanapun, banyak subjek yang dianggap penting mungkin masih tidak perlu dimasukkan – ia gagal mematuhi pantang-larang Wikipedia, ataupun liputannya tidak betul-betul menyokong kelayakannya setelah diteliti. Misalnya, direktori dan pangkalan data, iklan, kolum pengumuman, bahan berita kecil, dan liputan yang kurang arif, merupakan contoh-contoh maklumat yang tidak cukup memuaskan kelayakan bagi tujuan pembukaan rencana sungguhpun wujud sebagai sumber yang boleh dipercayai.
  3. Contoh: Buku 360 halaman oleh Sobel dan buku 528 halaman oleh Black tentang IBM nyata sekali tidak remeh-temeh. Sebutan tentang Three Blind Mice dalam satu ayat oleh Walker dalam biografi Bill Clinton (Martin Walker (1992-01-06). "Tough love child of Kennedy". The Guardian.  Check date values in: |date= (bantuan)) nyata sekali remeh-temeh.
  4. Promosi diri, autobiografi, dan promosi produk bukan cara untuk memperoleh rencana ensiklopedia. Sepatutnya orang lain yang menulis tentang topik dengan bebas tanpa pengaruh langsung daripada subjek topik. (Rujuk Wikipedia:Autobiografi untuk masalah attibusi dan keberkecualian yang menyentuh bahan-bahan yang mana subjek rencana itu sendiri merupakan sumber bahan-bahannya. Lihat juga Wikipedia:Sumber bebas.) Barometer kelayakan adalah sama ada mereka yang bebas daripada topik itu sendiri (ataupun pembuat, pencipta, pengarang, pereka atau penjualnya) pernah benar-benar menganggap topik itu sebagai cukup layak sehingga mereka pernah mengarang dan menerbitkan karya-karya bukan remeh-temeh sendiri yang mengetengahkan topik itu.
  5. Topik yang bakal dicipta mestilah sifat liputannya bukan sementara, penciptaan topik mestilah tidak hadir dari koleksi maklumat yang menjurus kepada diskriminasi atau bukan diskriminasi kepada sesuatu pihak pada waktu tertentu. Topik tidak boleh datang terus dari sumber berita terhad yang tayangannya bertukar-tukar input secara ketara. Topik yang dicipta mestilah tidak bersangkut pada agenda fitnah-memfitnah, ancam-mengancam, menjatuh dan meninggikan seseorang atau sesuatu pihak tanpa bukti kukuh, atau mempunyai sesuatu agenda tertentu untuk kemenangan dan kerugian dalam jangka masa yang terhad dan terancang.
Polisi dan garis panduan utama Wikipedia
Gambaran umum
Prinsip sejagat
Polisi kandungan fail
Polisi piawai rencana
Polisi tingkah laku
Polisi penyelesaian
Panduan tingkah laku
Panduan pengelasan
Panduan kandungan
Panduan suntingan
Gaya penyuntingan